Thursday, December 23, 2010

22.12.2010... hancur hati ini

aku mengenal si dia pada jun 2010, pengenalan kami mula-mulanya hanya rakan kerja, si dia telah menceritakan segalan latar belakangnya iaitu suami orang dan terlah mempunyai dua ornag anak.. mulanya aku hanya ingin berkawan, tapi lama kelamaan kami tidak sedar yang kami semakin hari semakin rapat, akhirnya kami terikat sebagai pasangan kekasih.. selama hubungan kami, aku berasa bahagia, kerana si dia bergitu menyangi aku, bergitu mengambil berat tentang diri aku.. dan aku semakin lama semakin menyintai dia.. selama hubungan kami, kami juga bahagia.. tidak pernah bergaduh, hanya sekali sekala kami bergaduh, itu pon gaduh-gaduh manja sahaja... beberapa bulan yang indah terlah belalu..

awal pagi aku sedar dari tidur, aku tersentap melihat hp ku.. begitu banyak pangilan dari hp si dia (insan yang ku sayang) dan juga no yang penah si dia bagi ,untuk ak contct... (isterinya).. aku cuba ingin memastikan keadaan.. aku cuba memberi pesanan kepada dia.. tidak berapa saat kemudianya, aku mendapat pangilan dari si dia, alangkah terkejutnya aku, mendegar suara perempuan..(isterinya)  bukan si dia.. aku hanya kuat kan diri, untuk aku menerima segalanya... isterinya menanyakan aku, adakah aku mengenal one name singkatnya.. aku menjawap dengan jujur, aku mengenali lelaki itu.. apa yang aku mahukan dari suaminya???aku hanya mampu berkata, aku tidak mahu apa-apa, yang aku tahu kami saling mencintai... isterinya hendak aku tnggalkan si dia, bertapa peritnya perkataan itu bila aku dengar.. die merayu kepada aku, untuk tidak merampas kebahagiaan diri dan anak-anaknya, aku membisu..dalam hati aku berkata, aku sayangkan dia, adakah aku bisa melakukannya.. selama ini, si dia hanya mereka cerita bahawa isterinya telah tahu hubungan kami.. aku rasa lega bila ia menceritakan tentang diri aku pada isterinya tampa menyembunyikan sesuatu pun.. setelah isterinya mencariku, baru aku sedar selama ini si dia menipu aku..

selepas habis aku dan isterinya bercerita tentang masalah kami.. aku meletakan pangilan itu, hati aku menangis dan berkata, kenapa kau tipu aku.. kenapa????` apa salah aku??? beberapa minit kemudian aku mendapat pangilan dari si dia, yang tidak tahu apa-apa tentang excdn tadi.. aku bertanya kepadanya kenapa tipu aku, die terdiam dan bertanya kenapa? aku terus bertanya kenapa? die pun berkata isterinya ada call aku ker?? aku berkata ya.. tapi kenapa selama ini menipu aku.. die hanya berkata.. dia ada sebab kenapa die tipu aku selama ini.. hanya kerana dia tidak mahu aku pergi dari hidup dia, kerana dia benar-benar cinta dan sayang aku, seperti dia menyayangi anak-anak dan isterinya..

No comments:

Post a Comment